Tuesday 29 May 2012

PKBS 2 / SKEMA




SKEMA PKBS 2


1 a.    Gerhana – keadaan di mana bulan, matahari dan bumi berada dalam kedudukan sebaris. Terdapat 2 jenis gerhana iaitu gerhana matahari yang berlaku apb bulan berada diantara matahari dan bumi dan gerhana bulan berlaku apb bumi berada di antara matahari dan bulan.     (5m)


1b.       Ciri-ciri ekuinoks di bumi (5 isi x 2m = 10m)

  •   Pancaran matahari waktu tgh tepat di garisan khatulistiwa pada 21 mac dan 23 sept
  •  Tenaga matahari maksimum diterima di khatulistiwa
  • Terjadinya musim bunga di kawasan iklim sederhana
  • Terjadinya musim luruh di kawasan iklim sederhana
  •  Kedua-dua kutub menerima cahaya matahari
  •  Perubahan tekanan udara menyebabkan perubahan tiupan angin dan hujan   
1c.       Kesan peredaran bumi (5 isi x 2m = 10m)

  • Kejadian 4 musim
  • Kejadian siang malam yang tidak sama panjang
  • Kejadian gerhana – bulan dan matahari
  • Perubahan sudut dongak matahari
  • Aphelion dan perihelion
         

2a.        Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan aktiviti atau kemampuan untuk mewujudkan perubahan terhadap jirim. Contohnya tenaga haba , tenaga keupayaan, kinetic, tenaga kimia, tenaga bahangan dll.                                                          (5m)                                                                                                                                                                                

2b.       Mengapa bumi menerima sebahagian kecil sahaja daripada keseluruhan tenaga    matahari dan jumlahnya sentiasa berubah-ubah? (10m)

  • Jarak bumi dan matahari – 150 juta km
  • Pemantulan – awan dan lapisan atas atmosfera
  • Penyerakan – zarah/molekul gas, debu, habuk, dan habuk ais
  • Penyerapan – zarah wap air, gas-gas, habuk/debu
  • Albedo – kecerahan, kegelapan sesuatu permukaan yang membalikkan jumlah sinaran
  • Jarak – perihelion dan aphelion
  • Peredaran bumi – solstis dan ekuinoks
  • Tompok matahari (sunspot) – 11 tahun setiap kitaran (tahun terakhir 2000)


2c.       Pengaruh intensiti  tenaga suria terhadap pertanian di Tropika Lembab (10m)

  • Hasil produktiviti pertanian meningkat
  • Proses penanaman dapat dijalankan sepanjang tahun
  • Dapat menjalankan aktiviti pengeringan hasil pertanian  dengan sempurna
  • Proses sejatpeluhan dapat mengimbangi lebihan dan kurangan air
  • Aktiviti pembakaran  jerami/ bahan buangan untuk dijdikan baja tanaman
  • Mempercepatkan proses pereputan/ humifikasi sisa pertanian – bekalkan kesuburan tanih
  • Peningkatan kadar sejatan dan perpeluhan membekalkan wap air untuk pemeluwapan dan menghasilkan kerpasan – baik untuk pertanian
                      

3ai       Kitar batuan – proses perubahan sifat fizikal dan kimia sesuatu jenis batuan kerana factor dalaman bumi( penghabluran ,pencairan, tekanan dan haba) dan factor luaran bumi (luluhawa,hakisan,mampatan ,simentasi, dll)     (4m)

3aii.     3 jenis batuan (3m)

  • Batu igneus – gabro, granit
  • Batu metamorphosis – gnies, kuarzit,syis
  • Batu enapan – batu kapur, syal, pasir                                                                 

3aiii.    Proses pembentukan dua jenis batuan    (10m)

Batuan igneus
  • Proses penyejukan dan pembekuan magma
  • Jenis batu – igneus rejahan- magma / igneus terobosan- lava
  • Contoh batuan- granit,gabro,pumis, obsidian
Batuan enapan
  • Proses penimbunan, pemadatan dan pemerekatan
  • Terbentuk melalui 3 jenis – klastik,organic dan kimia
  • Contoh batuan + proses pembentukan

Batuan metamorphosis

  • Proses pembentukan – tekanan dan suhu yang tinggi
  • Jenis batuan –metamorfik sentuh dan metamorfik serantau
  • Contoh batuan – syis, kuarzit, gnies dll

3iv.      Kepentingan batuan terhadap sumber ekonomi  (8m)

  • Perlombongan
  • Pembinaan
  • Pelancongan
  • IKS / kraftangan
  • Perindusterian                                                
  • Perhiasan                                                                                                      


ATAU
3bi .     Pergerakan regolit (bahan terluluhawa) menuruni cerun kerana tarikan gravity.                                                                                             (3m)
3bii.     Dua jenis pergerakan jisim
  • Kesotan tanih
  • Tanah runtuh
  • Aliran tanah
  • Aliran lumpur
  • Runtuhan batuan            (2 isi  x 2m = 4m)

3biii     faktor pergerakan jisim
  • Kecerunan –mempengaruhi kederasan pergerakan dan gravity
  • Hujan – peranan air sebagai pemberat dan pelincir
  • Regolit yang tebal , longgar dan tidak stabil
  • Permukaan yang gondol – longgar, tidak stabil, terdedah pada hakisan
  • Gegaran semulajadi / aktiviti volkanik
  • Aktiviti  manusia di kawasan bercerun
  • Jenis batuan                                               (8m)
3biv.    Langkah struktural
  • Tembok/ banteng penghalang konkrit
  • Penyimenan cerun
  • Pembinaan teres
  • Longkang konkrit/ system perparitan di cerun
  • sungkupan
  • Tanaman tutup bumi                                 (10m)

4a.       Ciri ombak pembina
  • Damparan yang kuat/ baduhan balik yang lemah
  • Ombak yang rendah
  • Kekerapan 6-10 kali dalam seminit
  • Menghasilkan penimbunan
  • Membentuk cerun yang landai                  (5m)


4b.       Factor fizikal
  • Kekuatan arus pesisir pantai/kekuatan ombak/tenaga @ jenis
  • Kecerunan pinggir pantai/ kedudukan pantai
  • Proses pasang surut
  • Orientasi pantai
  • Jenis dan saiz bahan
  • Kuantiti bahan muatan ombak
  • Kekuatan angin          (5 isi x2m = 10m)
4c.       Pengaruh pemendapan pinggir pantai
  • Pelancongan- pantai berpasir,teluk,tombolo, anak tanjung, beting pasir
  • Petempatan nelayan-beting pasir, tombolo
  • IKS –pantai,beting pasir dijadikan tempat menjemur hasil laut
  • Pembinaan jeti – tempat pendaratan ikan
  • Perlombongan pasir /Pembinaan – sumber pasir dijual   (5 isi x 2m = 10m)
      
5a.       Tiga fasa air               (3m)
  • Cecair – air
  • Pepejal – ais
  • Gas – gas / wap air
5b.       Proses kitaran hidrologi di permukaan bumi       (10m)
  • Sejatan
  • Larian air permukaan
  • Air bawah tanah
  • Sejatpeluhan
  • Pintasan/cegatan/ aliran batang
  • Susupan/resapan/ infiltrasi
5c.       Aktiviti manusia yang mempengaruhi kadar resapan   (12m)
  • Aktiviti menambah kadar resapan  (ATR)
  • Menanam tanaman tutup bumi
  • Mengekalkan hutan simpan
  • Membina teres
  • Menggunakan sungkup ranting dan daun kering
  • Mengubah landskap menjadi rata dan landai


Aktiviti mengurangkan kadar resapan ( AKR)
  • Menebang pokok
  • Menurap permukaan bumi
  • Membina  system pengairan
  • Mengubah landskap bumi menjadi curam
          Mana-mana 3 isi ATR atau  3 isi AKR x 2m = 12m

6a.       Hitung
i.                    Julat suhu =   suhu tertinggi – suhu terendah
suhu tertinggi    = 29.4 C
suhu terendah  = 26.0 C
ii.                  Min  suhu kawasan lapang = jumlah nilai min suhu bulanan
---------------------------------------------------------------------
                                    12
                           = 332.6/12 = 27.7 C

b.   lukis graf bulatan
  • Tajuk                          1m
  • Skala yang sesuai        1m
  • Petunjuk                     1m
  • Lebel paksi                 1m
  • Plotan                         8m
                           Betul 24      8m
                           20 -23        7m
                           17 -19         6m
                           14 – 16        5m
                           10  - 13        4m
                           6 – 9            3m
                           3 – 5            2m
                           2 betul          1m


c.          Jelaskan peranan tumbuhan terhadap persekitaran fizikal.   (8m)

  • Mengawal hakisan cerun (bukit,pinggir pantai , tebing sungai)
  • Tumbuhan berupaya memerangkap kotoran / debu /habuk- mengurangkan pencemaran udara
  • Tumbuhan membekalkan wap air ke atmosfera- menggalakan proses sejatpeluhan, meningkatkan kelembapan udara – udara sejuk
  • Mengimbangi kandungan gas  karbon dioksida dan oksigen untuk pernafasan manusia dan benda hidup
  • Sumber hasil / makanan
  • Sebagai pengeluar dalam ekosistem dan melalui proses fotosintesis berupaya membuat makanan sendiri
  • Membantu menyerap air ke dalam tanah dan menambahkan bekalan air dalam system akuifer- sumber air untuk manusia
  • Sumber ekonomi – kayu balak bernilai, perubatan
  • Ekopelancongan


7a.       Lima unsur cuaca dan iklim dan alat pencerapan (5m)

  • Suhu  –  thermometer six
  • Hujan  –  tolok hujan
  • Angin  – penunjuk arah angin  dan  anemometer
  • Tekanan udara  - barometer aneroid
  • Kelembapan  - hygrometer
  • Pancaran cahaya matahari - solarimeter

7b.       Bayu laut / bayu darat

  • Melukis rajah bayu laut dan bayu darat ( siang dan malam,  sel tekanan udara, arah pergerakan angin) (2m)

  • Bayu laut -  waktu siang hari daratan lebih cepat mengalami pemanasan berbanding dengan lautan. Tekanan udara tinggi di laut (panas) dan tekanan udara rendah di darat (sejuk). Perbezaan tekanan menghasilkan daya cerun tekanan dan menghasilkan pergerakan angin dari kawasan laut ke darat. (5m)

  • Bayu darat – pada waktu malam, permukaan daratan lebih cepat sejuk berbanding dengan permukaan lautan. Suhu yang rendah di darat menyebabkan udaranya bertekanan tinggi dan suhu yang tinggi di laut menyebabkan udaranya bertekanan rendah. Perbezaan tekanan menghasilkan daya cerun tekanan serta pergerakan angin dari darat ke laut. (5m)                                                                                                




7c.       Bagaimana kejadian bayu laut dan bayu darat mempengaruhi aktiviti manusia :
  • pelancongan
  • industri kecil dan sederhana
  • sukan perahu layar
  • perikanan       
  • rekreasi – sukan air, wau, dll    (8m)                                                                                                    

8a.       Proses menegak ialah pergerakkan bentuk-bentuk air secara menegak dari permukaan bumi ke atmosfera dan dari atmosfera ke permukaan bumi     (3m)

8b.       Jelaskan bagaimana aktiviti  manusia mempengaruhi imbangan air negatif di sesebuah kawasan                      (10m)

  • Penebangan hutan – penyahhutanan (sejat peluhan), mempengaruhi akuifer
  • Industry pembuatan – pemanasan global, suhu meningkat
  • Pembandaran – permukaan berturap, kadar sejatan kurang, larian air permukaan bertambah, simpanan air tanah merosot
  • Penggunaan air yang berlebihan – sector domestic dan industry
  • Penggunaan air bawah tanah – kurang bekalan kepada sungai, tasik, dan paya


8c. Impak ketidakseimbangan air negatif terhadap alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia                                                                                                (10m)
  • Jerebu
  • Kelembapan bandingan rendah -  suhu tinggi
  • Kerpasan berkurangan
  • Ekosistem akuatik merosot
  • Pertanian terganggu – pokok layu,kekurangan bekalan air
  • Domestic – gangguan bekalan air, sukar rutin harian
  • Perikanan – akuakultur terjejas
  • Paras air sungai meyusut – sejatan tinggi
  • Perniagaan minuman/ restoran terjejas
                        Mana-mana 5 isi x 2m = 10m

No comments:

Post a Comment