Wednesday 23 May 2012

ALAHAI JADUAL


Semalam yang berlalu menjadi coretan sejarah dalam hidupku.  setelah apa yang berlaku... ku titipkan sketsa itu dlm blogku sebagai pengajaran dan kenangan sepanjang karierku bergelar seorang guru.

Terkadang pelik juga dengan dunia ini..... apa yang sebenarnya yang kita harapkan ,yang kita luahkan tidak dapat dimengertikan oleh orang lain malah disalahertikan pula. Ini semua disebabkan oleh ‘prinsip diri’ yang tidak boleh digoyah oleh orang lain. Maka apa sahaja yang dilontarkan tidak terkesan di benaknya. Sia-sia ..... persis mencurah air di daun keladi.

Al kisahnya.... kelmarin nak dijadikan cerita...ada musyawarah keluarga t6. Kami ni umpama sebuah keluarga bahagia. Bila ada yang tak kena maka dibawalah kepada abang long , dan bila si abang ni tak dapat nak settle maka rujuklah pula kepada ayahanda beta. Ayahanda ku hanya bertafakur dan cuba bawa berunding dengan semua family di mahkamah jubli emas.

Dalam perbicaraan tu, ku dapat mengenali hati budi siapa sebenarnya..adik beradik ‘tiriku’ itu. Hanya Allah jer yang tau... sebenarnya apa yang nak dibincangkan adalah perkara kecil dan dapat settle dalam masa yang singkat kalau semuanya tidak dibayangi oleh  *@##///?????  tetapi bila batu jemala tidak boleh disentuh dan tidak boleh menerima pandangan orang lain maka terjadilah episod duka yang melukakan hati setiap insan lain. Rasa tidak puas hati / rintihan pilu melanda hati-hati insan yang terluka ini. Sejarah Melayu sudah lama tercatat... pengajaran yang ada dalam Hikayat Hang Tuah nampaknya berulang lagi. Sudah lama ku menetap di bumi syp namun tidak selamanya aku dituntut untuk menjadi Hang Tuah yang terlalu setia pada ....... terkadang ada masanya kehandalan Jebat yang sering  dituduh petualang bangsa.... bangkit untuk menjernihkan suasana... tapi bila dah nama Jebat.... siapa yang mengiktirafnya... beberapa kerat ‘hang’
dan dayang sahaja setia bersama si Jebat. Dalam konteks ini... aku bukannya nak jadi popular dengan cara murahan.. tetapi aku bangkit bersama maruah untuk memurnikan khilaf yang ada agar tuntutan agama’ bekerja sebagai satu ibadah’ dapat dilaksanakan dengan penuh baraqah dan harmoni.... aku hanya mohon satu harapan agar kerja buatku dapat berjalan dengan lancar demi anak bangsa yang tercinta. Tapi apa yang tersirat dan tersurat masih tidak difahami dan ditangani dengan mudah. Makin tergugat, makin sukar bahkan kusut masai makin menggila jadinya.. Entahlah moga Allah bisa mebersihkan minda  ‘orang-orang’ yang ‘sewaktu’ dengannya itu..

Impak yang nyata .... masing-masing membawa diri dalam sinario suram. Bak anak yang kematian ibunya.. bagai suami yang ditinggalkan isterinya ..tandatanya dalam benak masing-masing.... takut untuk  didekati ... mungkin dikhuatiri ‘belot’.  Maka lebuhraya yang biasa digunakan terpaksa ditunda laluan tersebut. ...banyak duri berbisa fikirnya. Maka denai juga yang menjadi pilihan..... tiada lagi tawa riang yang kedengaran... ku tahu ianya hanya sementara sahaja... pasti akhirnya.. si bunga pujaan dalam kamar halangan  akan  didekati jua kerana team yang separuh lagi tidak handal menyumbangkan gol keramat tanpa dorongan dan bantuan si bunga impian....

Berbalik pada hal tadi, sosek-sosek jelas meletakkan mawar berduri yang lantang bersuara pasti akan menerima padah dari Patih Kerma Wijaya. Walaupun nawaitu baiknya untuk mendapat pembelaan namun padahnya sudah pasti menjelma. Ku yakin...kalau tak banyak  ... sikit pun pasti tempiasnya menerjah jua... namun aku yakin.. Allah sentiasa bersamaku... sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha penyanyang .Apatah lagi kepada umatnya yang teranianya..... Sabda Rasulullah....’sesungguhnya Allah swt itu tidak melihat kepada tubuh badanmu atau kepada rupa parasmu, tetapi melihat kepada hatimu..’ Daripada sunnah inilah ,  ku tanam dan ku sematkan dalam diri, agar diri kerdil ini sentiasa suci hatinya... .... walau  sebesar manapun  pun gerak hati berbicara  atau terdetik di kalbu... zahirnya tidak diketahui umum tetapi hanya Dia yang tahu....

Pokok pangkalnya ...Aku hanya mahu time tableku diubah seperti yang kukecapi sejak mengenali syp 1998 dulu.... namun permintaan tulusku  telah disalahertikan dan diadun pula  dengan resepi  asam tempoyak basi berkulat yang boleh memualkan perut bila merasanya....moga –moga ianya tidak membiak menjadi kanser tahap empat dah laaa...itupun dianggap salah dan bagai dosa besar ku diperlakukan...hairan binti pelik pun ada... aku disogokkan dengan pelbagai persoalan...yang mungkin inginkan jawapan daripada skema yang telah ditetapkan. Tapi  jawapan yang didamba mereka tidak kesampaian...Aku bukan manusia yang tak tetap pendirian...atau cakap berbelit bagai sarang lebah yang usang di dahan yang hampir tumbang. Kupinta hanya satu sahaja.... sekelumit rasa simpati  agar jadual baruku diubah seperti sediakala... 

Mindaku kini sarat dengan kemungkinan yang bakal kualami di penghujung penggal ini.Tak dapat nak habiskan silibus yang berjela dengan masa yang suntuk bangatt... ya Allah Tolonglah hambamu yang lemah ini, teguhkanlah imanku ,gagahilah diriku, banyakkanlah sabarku agar dapat kutempuh segala rintangan ini....  aku berjanji pada diriku...apa sahaja yang berlaku... ...andai dendam yang dibenamkan Patih Kerma Wijaya .... terbias padaku...  so.... episod baru akan muncul....


Rasaku tidak ada salahnya bertanya atau membuat cadangan... kerana itulah salah satu rukun mesyuarat . kalau tak boleh berbincang, maka jadilah macam orang yang hanya angguk dan yes man... apa gunanya kita semua dikurniakan akal fikiran....bila berkata kita digelar penderhaka, bila disuarakan cadangan, kita dilebelkan pembangkang...bila kita tak setuju apa yang diaju... maka kita disergah bila nak maju??? So apa nak jadi..langkah untuk menyenangkan hati.. diam jer..terima jer...setuju jer...walau hati tak suka ,jangan tunjukkan di muka....begitulah gamaknya yer...patutlah ramai orang Melayu itu layu....akhirnya diserang hipertensi, diebetis, stoke ,atau serangan jantung.

Jauh disudut hati kecilku , aku mahu jadi diriku yang sebenar. Aku tidak bisa jadi orang lain. Aku hanya insan kerdil yang tak punya apa-apa. Hidup hanya sementara sahaja. Meneruskan episod drama yang bakal dibawa kesana. Tempat yang kekal abadi. Hanya amalan dan taqwa akan diadili... tiada lagi pangkat,harta atau rakan taulan yang mengiringi.... aku tetap pertahankan bila keadilan terasa digugat..aku akan terus membela biar diri dicela....aku takkan jemu walau diri kerdil ini dicemuh...kerna yang pasti ...orang benar akan sentiasa diuji..sesungguhnya....Allah telah berjanji...bersama kebenaran yang hakiki , bahagia setia menanti...




No comments:

Post a Comment