Tuesday 22 March 2011


v 
DISCAS SUNGAI
KONSEP
Satu ukuran isipadu ( meter per saat)  aliran air yang melalui sesuatu keratan rentas sungai dalam alur sungai per unit masa.
FAKTOR-FAKTOR FIZIKAL/ MANUSIA
1.    jumlah hujan musiman- berbeza mengikut kawasan spt khatulistiwa, tropika dan hawa sederhana
2.    keluasan kawasan tadahan/ lembangan saliran. 
3.    Bekalan air drp salji yang cair- kawasan sederhana
4.    Jangka masa hujan turun/ kekerapan hujan
5.    Proses tawanan sungai
6.    Pembinaan empangan- perubahan discas di bahagian hilir sg
7.    Projek lencongan sungai – isipadu air bertambah
8.    Pembinaan terusan/ terusan air bawah tanah
9.    Projek pelebaran sungai dan pendalaman sungai
PERKAITAN DISCAS SUNGAI DENGAN PELBAGAI AKTIVITI MANUSIA
·         Pembinaan empangan- perlukan discas sg yg tinggi
·         Industri memproses – contoh industri peleburan logam- perlukan air yg banyak
·         Aktiviti menahan lukah /perangkap- perlukan air yang  sederhana
·         Aktiviti pelayaran- perlukan air yg banyak
·         Aktiviti domestik dll

Thursday 10 March 2011

Renungan pagi jumaat 6 Rabiulakhir 1432H khusus buat yang bernama wanita



Wanita Itu Rumput Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada
pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil


Nota Luluhawa Geografi 1


LULUHAWA
KONSEP
-          Satu proses penyepaian, pereputan dan pemecahan batuan kepada kumin-kumin kecil akibat tindakbalas mineral dengan unsur-unsur iklim (haba, air hujan, fros, angin,tekanan udara dsb)
Secara in-situ

LULUHAWA FIZIKAL /MEKANIKA

-          Proses pemecahan /penguraian batuan kepada kumin halus dengan bantuan unsur2 iklim dan melibatkan pemecahan unsur luaran/fizikal sahaja tanpa mengubah kandungan kimia batuan.

PROSES LULUHAWA FIZIKAL

PENSURIAAN/ KEMBANG KECUT

-          Aktif di kawasan gurun panas (suhu 35 -45  0C)- batuan mengembang
-          Suhu waktu malam jatuh sehingga 10 oC – Batuan mengecut
-          Proses ini menyebabkan batuan alami ketegangan/ketegasan- retak-pecah- dibantu oleh embun/hujan
Cara pemecahan – pengelupasan, pemecahan bongkah, bijian/ granul – bergantung kepada stuktur hablur mineral dalam batuan.

PENGHABLURAN GARAM
-          Di gurun panas
-          Proses sejatan amat giat pada siang hari – suhu tinggi. Butir2 galian akan bergerak bersama2 air bawah tanah ke atas.
-          Perlonggokan butir2 galian ini menghasilkan hablur garam halus yg boleh membantu batuan menjadi retak dan terurai/ pecah

TINDAKAN FROS/ IBUN

-           Berlaku di kawasan pergunungan / iklim sejuk
-          Batuan di puncak yg mengalami keretakan akan menakung air hujan pada musim panas.
-          Musin sejuk air tadi membeku apabila suhu jatuh di bawah takat beku 0oC
-          Pembekuan ini menambahkan isipadu asal batuan tersebut sebanyak 10% (2100 lb /inci –tekanan)
-          Proses beku cair yg berterusan ini akan menyebabkan batu pecah/runtuh


PROSES BASAH KERING

-          Dialami di kawasan iklim Savana @ Monsun Tropika Kering( mempunyai musim kemarau dan lembab)
-          Pengeringan pada musim kemarau dan penguncupan pada masa hujan akan menyebabkan batuan mengalami tegasan / pecah
-          Contoh batu syil yg banyak tanah liat mudah pecah

 PERLEPASAN TEKANAN

-          Di Kawasan gurun kesan drp hakisan angin boleh mendedahkan  batuan di bawah dan mengalami pemecahan melalui perlepasan tekanan.
-          Aktiviti manusia juga seperti tarahan bukit untuk pembangunan/pembinaan infrastruktur menyebabkan batuan bawah yg wujud beribu-ribu tahun mengalami pelepasan tekanan. Ini menyebabkan batuan mengembang/ pecah.

KETEBALAN BATUAN MENGIKUT KAWASAN IKLIM
LOKASI
LATITUD/GARISAN LINTANG
KETEBALAN BATUAN TERLULUHAWA (M)
JENIS BATUAN INDUK
SINGARURA
2 0 U
10 -20
Gabro
MELAKA
2.5 0 U
4
granit
HONG KONG
22 0U
30
granit
JEPUN
36 0U
20-30
granit
BRAZIL
24 0 S
100-130
granit

LULUHAWA  BIOTIK

Merujuk kepada pemecahan batuan oleh tumbuhan/ haiwan yang berlaku secara mekanika /kimia.

TINDAKAN AKAR POKOK
-          Giat di mana-mana bahagian dunia
-          Akar pokok yg menjalar dalam tanah- boleh memasuki celah2 batuan yg retak
-          Hujung akar dalam proses pembesaran akan mengeluarkan asid organik yg boleh melemahkan batuan
-          Pembesaran akar tadi menambahkan tekanan yg kuat pada batuan – melonggarkan struktur batuan – terurai
-          Tindakan akar juga membantu air/asid karbonik/asid organik masuk ke dalam struktur batuan yg longgar tadi- lemah- pecah
-          Akar melonggarkan liang pore tanah – membantu proses infiltasi – aktifkan luluhawa kimia.

TINDAKAN BAKTERIA
-          Suhu tanah yg tinggi menggalakkan pembiakan bakteria
-          Bakteria ini bergantung kepada tumbuhan dan haiwan yg reput – tindakannya menghasilkan asid organik/ asid humik- bila bertindakbalas dengan air hujan dan meresap dalam tanah mampu bertindakbalas secara kimia ke atas batuan- reput / terurai.

TINDAKAN HAIWAN
-          Contoh arnab, burung, tikus dan cacing tanah – gali lubang- lemahkan struktur tanih
-          Tanah yg longgar ini memudahkan cecair masuk ke dalam tanah- t/balas kimia ke  atas batuan-terurai
-          Sisa kumbahan mereka juga membantu proses luluhawa kimia.

TINDAKAN MANUSIA
-          Aktiviti pertanian, pembinaan infrastruktur, pembalakan/penyahutanan – mendedahkan batuan/muka bumi kepada agen cuaca/iklim – mudah terluluhawa.

FAKTOR-FAKTOR LULUHAWA DALAMAN/ KIMIA DI TROPIKA LEMBAB

-          Iklim – hujan- Air sbg pereput batuan utama (5P)- menambahkan t/balas kimia apabila kuantiti air berganda- Lee Chatlier. – min hujan yg tinggi di TL menggalakkan t/balas kimia- wujud profil regolit 10 kali ganda berbanding iklim tundra.
-          Suhu juga penting – hukum Van Hoff – setiap peningkatan 10 0C t/balas kimia berlaku 2 @ 3 kali ganda ke atas batuan.
-          Biotik – tumbuhan dan tindakan mikro organisma – bekalkan asid organik melalui ranting dan daun yg mati – asid humik/ asid fulvik – agen pereput/ peluluh yg berkesan.
-          Bekalan organik yg byk menyediakan larutan tanah, koloid , silika dan ferum apabila ia mereput dan terlarut. – hasilkan tanih laterait yg tebal.
-          Organisma seni (bakteria, serangga dan cacing )- galakkan proses luluhawa- asid cepat terbentuk- ,memusnahkan batuan
             
-          Geologi – warna, jenis, struktur batuan,kekerasan batuan, komposisi hablur mineral batuan.
-          Topografi/ cerun- luluhawa lebih giat di kawasan tanah pamah/landai – air mudah meresap ke dalam tanah berbanding cenuram.
-          Masa – terdedah terlalu lama dengan agen luluhawa
-          Aktiviti manusia – pertanian, penyahutanan dll

Nak tau apa yang tersirat dalam blog sitiaura??


Sitiaura67.blogspot.com
Kata orang ‘tak kenal maka tak cinta’ . So marilah kita intai apa yang tersirat di sebalik pemilihan nama empunya blog ini.. SITI adalah panggilan yang popular dek berzaman-zaman. May be boleh menggantikan Sharifah pada pangkal nama anak kepada pak Syed yang berketurunan Arab. Bahkan panggilan biasa kepada perempuan adalah dengan panggilan siti… so dipendekkan cerita nama siti ni memang tersohor. Yang pastinya namaku pun sebenarnya siti…ini yang membuatku teruja untuk menamakan blogku ini dengan siti..
Aura pula bemaksud ada keistimewaan yang tersendiri yang boleh mempengaruhi orang lain kea rah kebaikan.  Justeru, rasa teruja dan terdetik untukku  menyunting perkataan tersebut.. dengan adanya aura, boleh membuatkan orang lain terujua dengan perasaan ingin tahu, meniru perwatakan  dan  tak salah jika ku mengkategorikan ia sebagai IDOLA.. 
Dengan adanya blog ini, kujadikan ia sebagai tempat untuk meluahkan rasa  suka duka, berkongsi idea dan pengalaman serta mendidik anak bangsa yang bermaruah.. tak salahkan.. niat murni ini pasti direstui NYA.. amin…
S --strong,semangat n sabar
I –inisiatif, inovatif
T – toleransi, tekun n tawakkal
I – idola
A – akhlak mulia
U – unggul
R – responsible
A – anggun sepanjang masa

Wednesday 9 March 2011

penemuan ajaib....

Jom kita sama-sama renung cerita ini. hanya orang yang terpilih saja dapat merasainya.. namun kita juga tak kurang bertuahnya kerana dapat berkongi pengalaman dengan beliau..semoga kita terus mendapat keberkatan daripadaNYA.


Pengalaman Ustaz Haron Din Masuk Dalam Kaabah
Bahagian Pertama (Kuliah Subuh di Mekah pada 18 April 2005)

Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah Taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokeh yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.

Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.

Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.

Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.

Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)

Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”

Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.

Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.

Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.

Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.
Bahagian Kedua (Kuliah Pengubatan pada 12-Feb-2007)

Saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.

Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.

Saya kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”

Dia mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?”. Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah.” Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buka”. Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata “Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain.” Saya kata “Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.”

Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.