Tuesday 2 April 2013


BERLALUNYA  STPM 2012

Tanggal 18 mac 2013 , berlalu dengan cepat sekali. Namun ceritanya masih lagi bermain di fikiran kerana situasi pada  hari itu cukup suram. Bagai tenggelamnya mentari di ufuk barat. Namun , berkat  kesabaran guru-guru dan pelajar ,walau pun dalam serba kedaifan yang kami miliki di blok usang Tingkatan 6, para pelajar kami masih mampu melakar kejayaan yang cemerlang.
Situasinya agak berbeza dengan gegak gempita pelajar-pelajar, rakan-rakan guru atau terutamanya pihak ‘pengurus besar ‘ seperti pengumuman  peperiksaan awam  yang lain, stpm kali ini (mungkin last episod) agak hambar dengan dewan yang tak berkerusi, tiada jurugambar untuk merakam detik kegembiraan ibu bapa dan para pelajar khasnya, atau kehadiran orang-orang penting untuk berkongsi kegembiraan dengan kami di sini. Namun, keralatan dan ketidaksudian ini terubat dengan apa yang kami curahkan dan baktinya dapat dituai dengan keputusan STPM 2012 ditangga PERTAMA di peringkat PPD KUALA KRAI dengan peratus 97.85 % dengan NGP 2.54, tempat ke 19 daripada 59 buah sekolah di negeri Kelantan. Bukan setakat itu sahaja bahkan  SMK SYP1 (PRA U ) juga tergolong dalam 24 buah sekolah di Kelantan yang mandapat 2.50 ke atas jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah tingkatan 6 di  sekitar Kuala Krai . Syabas dan tahniah.

Inilah yang dikatakan keberkatan . sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Menyanyangi. Walaupun kami sering berdepan dengan pelbagai masalah terutamanya dalam melaksanakan PdP yang masih lagi konvensional.  Tngkatan’ kami’ dikatakan  tidak ada peruntukan untuk memenuhi keperluan akademik yang semakin mencabar ini . Lantaran itu, kami guru-guru ‘daif ‘ ini terpaksa mencari dana untuk membeli LCD sendiri, extension dll secara sendirian Berhad  bagi  memudahkan dan melancarkan pengajaran yang makin canggih manggih dewasa ini. . Kalau nak kukupaskan masalah , rasanya terlalu panjang ceritanya. Belum lagi bab  hujan mencurah, maka basahlah anak didik kami dek tempias  kerana curahan air hujan dari bumbungnya tepat pada beranda yang kini dijadikan kelas (xasrama). So cikgu yang nak ke kelas pun akan menikmati rasa hujan sampai ke pakaian yang ‘tersembuny’i .  Hanya Allah yang tau.... memang tidak kondusif la ( di zaman ini ) ....

Sebenarnya bila difikirkan , kami redha apa yang tersurat pada kami di sini... namun siapalah kami.. hanya manusia biasa... terkadang teringin juga menikmati kemudahan seperti orang lain yang sama seperti kami. Walau pun di bawah bumbung yang sama.. tapi kami sentiasa berkeadaan ‘ berpeluh dan berpanas ‘.  Banyak tugasan macam orang lain juga, masih mengajar arus perdana tidak seperti memberku di daerah lain... untuk menenangkan jiwa ku  yang kian  goyah ini... tak per lah ...bisik hati kecil ini... kalau orang lain mengajar sekelas jer (arus perdana), tapi aku dikehendaki mengajar 4 kelas yang jumlahnya 37 orang sekelas. PBS lagi. Hai entahlah... Tingkatan enam pun ada PBS juga.. mungkin aku ni Tuhan anugerahkan macam mesin yang boleh dipergunakan untuk pelbagai ‘ tujuan’.  Bila dikehendaki, tekan jer.. terus  on. Tapi sabar pun ada hadnya...

Yang teramat sedih dan kecewa, dahlah kita semua tidak dijenguk atau ‘buat-buat menyibuk’ semasa keputusan berlangsung, ucapan terima kasih pun tidak berkumandang . Malah apa-apa pun yang berkait dengan tingkatan enam,  dibisukan volumenya.  Begitulah agaknya bila kita dianak tirikan, tak diendahkan dan dipedulikan. Biarlah masa itu berlalu pergi namun hati yang terguris ini sukar diubati.. parutnya tetap ada. ..Menangis dalam senyuman. Semoga  hasrat untuk mendidik anak bangsa yang berakhlak dan membentuk modal insan yang bersahsiah tetap mekar dan tidak layu. Begitulah bila bergelar guru...