Friday 6 April 2012

April Yang Busy

Rasanya lama benar tidak bersua.  May be hampir setahun . Rindu pula nak luahkan rasa . Dalam bulan April ni (kat SYP1)  banyak program yang bakal terlaksana. Yang dah berlalu dah dua majlis -watikah perlantikan pengawas (pagi) dan petangnya pula mesyuarat Agung PIBG yang dirasmikan oleh Yg Brbhg ACP kehormat Dato'Paduka Dr Junaidy b Abu Bakar. 
Bakal menyusul pula, perkhemahan Agung kokurikulum dan majlis graduasi untuk meraikan para pelajar yg berjaya dalam PMR, SPM ,STPM dan PKBS1 .  So, busy la cikgu/cikgi nak siapkan semuanya agar berjalan dengan lancar. Aku pula macam biasala ..... jd mc. Tak per la selagi hajat dikandung badan ... ada kudrat yang Allah berikan maka jadilah aku mc sampai bila2 kot. Yang penting ikhlas... moga dapat baraqah daripadaNYA. Anugerah katakan. ... alah.. sebenarnya orang lain pun boleh buat cuma tak berani lagi atau tak biasa... sama jer sapa-sapa pun.... asalkan patuhi etika jd mc.

Pasal tingkatan enam pula, hampir tiga bulan dah guna pakai blok aspuri yang ditinggalkan. banyak la kerosakan yang perlu dibaiki. terkadang terasa juga baik buruknya. yang baiknya dapat priversi dok jauh dari pelajar menengah rendah . Sunyi dan tak bising bangat. tapi tak kurang pula yang buruknya. Alkisahnya , tempat itu juga dijadikan tapak pemeliharaan itik/serati. bau taiknya ya Allah.... ampun la dosa hambamu ini. tak TERtanggung!!!! pelajar pun mual. Tapi, terbaru ku tau, itik dah dijual... so bunyi bisingnya dah lenyap... Tapi pencemaran bau yang ditinggalkannya masih ada. Yang Serati pula ,kaki bising dan lebih memalukan ... binatang ni nak sodok muncungnya kat orang khususnya wanita. Miang betul... menakutkan pun ada. Ayam pula bertelur sana sini . Dan yang lebih mengharukan kawasan kami ni dijadikan tempat untuknya lepak, bersantai, bersenam, jaga anak dan berak merata-rata. emmmm nasib la.

Tapi yang menyedihkan aku.... hanya satu jer yang aku nak bagi kebaikan anak didik tingkatan enam ni iaitu LCD sebab nak suluh aku punya P & P tak dapat. so amat payah la nak ngajar pra u macam ni. Bukan aku sorang yang nak benda ni tapi hampir semua cikgu nak guna. Kami ni bukan cikgu perayu tapi PRA U. 

k la dulu untuk kali ini.Jumpa u all lain kali.  celoteh memang tak habis.... hanya Allah jer tau.. bukan nak merungut tapi nak lepas beban yang tersimpan... tak baik kan nanti meletup badan juga yang merana.... nak tenangkan hati... maka terima la seadanya.....

No comments:

Post a Comment