Sunday 27 October 2013

LAYAKKU DILANYAK....

LAYAKKU DI LANYAK ???
Sedar tak sedar  Bulan Oktober datang menjengah . Hari  berganti minggu kian menjelma meninggalkan kita. Yang menjadi persoalannya... adakah kita kita telah mengaudit diri kita.?. adakah sudah banyak amalan yang masih belum tertunai atau terlalu banyak beban dosa yang tanpa sedari kita lakukan. Ya allah ..berilah petunjuk dan hidayah kepadaku, keluargaku, sanak saudaraku, jiranku, kawan-kawanku dan seluruh umat Muhammad SAW.
Namun bila kukenang kembali, tahun ini merupakan tahun ujian bagi insan yang mengajar Ting6 di sekolah kami. Apa tidaknya, bermula detik sebelum hari guru, hari guru 16 mei sehingga sekarang  oktober menjelma, terlalu banyak derita yang dicanai dan dilontarkan untuk kami. Namun semuanya kami terima dengan sabar. Cheritera ting 6 sememangnya bercelaru hari demi hari. Plot yang semakin sukar dan suspen makin menjadi-jadi. Cerita terbaru pada bulan ini ialah kisah kahwin emak yang kaya namun anak dihalau..apa tidaknya.. dah umum dapat peruntukan RM100K, maka agenda baru sudah termaktub untuk menggunakan blok kami bagi tujuan lain. Maka anak tiri yang “menyibuk” ini akan dinyahkan dari teratak usangnya. Pelbagai nama kami dilebelkan. Cgu T6 sombong, wujudkan gap antara guru, tak nak bagi kerjasama,  dasar guru menempel,  cgu T6 tak kenal orang (di Blok Lain) dll. Tapi aku tertanya-tanya ...adakah si pelebel itu terbaik punya ker?  Suci bagai Malaikat ker?  Profesional ker atau sudah habis kebijaksanaannya sehinggakan kami   diberikan jenama baru... Wallah Hua’lam ..
Terkadang malu .... terhina pun ada bila staf sokongan pun lebih arif  dan lebih tahu daripada kami tentang itu dan ini. Sedangkan  orang yang ‘dijenamakan’ ini tidak tahu malah orang yang “melekatkan” jenama tu pun tak pernah  terkeluar daripada mulutnya tentang ini kepada kami. Sememangnya  geram bercampur luka yang bisa meluluhkan hati ini... makin meluat jadinya. Entah berapa ekar sabar yang telah kami tanam.. namun inilah yang dikatakan ujian.. bila kita memohon kekuatan, Allah  berikan kesulitan untuk kita ... namun dengan kesulitan inilah yang menjadikan kita makin power dan tabah.. inilah pegangan yang  sering membantu dan   menenangkan jiwaku yang makin rapuh ini.. sesungguhnya Allah tetap bersama orang sabar..
Hari sabtu 26 okt, mesyuarat telah diadakan antara pembesar-pembesar  itu dan kami diwakili oleh orang-orang  kanan T6. Namun sudah sedia maklum.. tiada perbincangan yang telus untuk kedua-dua pihak malah keputusan sudah dibuat sejak azali lagi. Ini bukan mesyuarat tapi “ missed erat”.
Keputusannya, guru-guru perempuan terpaksa dinyahkan dari bangunan RM100K tapi bukan lelaki yang masih dikekalkan di situ. Apa rasionalnya, aku pun tak tau.  Itu adalah rahsia dia punya Qalbu. Hanya Allah yang tau. Benci sangat dengan kami kaum hawa ni.. mungkin disebabkan kepentingan diri telah  mengatasi segalanya yang tak dapat diraut pada kami. Apa bentuk kerjasama yang kami tak mampu berikan? Selama ini siapakah yang menjayakan banyak agenda yang melonjakkan namanya? Itulah yang dinamakn manusia... seringkali mudah lupa ingatan.. . Memang kacang lupakan kulit, memang senang lupakan sakit... yang hairan bin ajaib lagi, kami ni diberitakan kepada umum amat bersetuju untuk dipindahkan . Teringat pulaku tentang talkin yang dibacakan oleh pak imam yang mulut akan dikunci dari berkata-kata dihadapan Allah kerana sifat bohongnya. Setiap apa yang dibincangkan ,diputuskan ....akan dimanipulasikan. Siapakah yang bersetuju untuk berpindah randah 2 tahun sekali. Kami bukan penerima tokoh Maal Hijrah 1434 H, kami bukan masyarakat Badwi yang sering nomad. Kami dipaksa untuk berbuat demikian. Muktamad katanya. ... pesananku kepada diriku dan kawanku... lisan /lidah amat penting dan bahaya... setiap apa yang dikata, dikodkan oleh dua malaikat yang tak pernah alpa dari tugasnya..
Berbalik isu kedua .. yang bernanah sejak lama iaitu jadual T6. Dari dulu sampai kini ,isu inilah yang amat sensitif  buat orang-orang tertentu. Ngeri  dan benci jadinya bila diajukan isu jadual . Apa yang mampu kami ada, kami hanya perlu sokongan dan fahaman daripada mereka sama seperti apa yang GATE di sekolah lain dapat. Kalau tak sama seperti mereka 100% pun, 70% pun jadilah. Sebaliknya apa yang kami dapat, jelingan mata yang tak romantik, sergahan yang tak merdu malah beranak pinak dengan prasangka . Yang jeliknya, makin ramai pula penambah perisa yang membuka selera. Maka dari luka menambah duka, dari ceria menjadi derita yang saban hari kami disajikan cerita nista tentang golongan kami. Kami bukan perfect women yang boleh jadi ironlady atau ironman.. kami insan kerdil yang hanya berbekalkan  sedikit iman didada. Hati kami sudah tercalar dan berparut.Tak bisa diubati lagi.
Apa yang kudengar dari mulut PK ku, hanya pemilik AP  sahaja yang dibenarkan terus mengajar t6 SEKIRANYA kami mahukan jadual seperti yang diarahkan KPM. Bermakna kelompok kami makin kecil apabila beberapa geng yang masih menunggu AP terpaksa “disingkirkan” dek cabaran mereka.  Pada pendapatku , ini adalah satu cabaran yang diberikan secara sinis dan beranggapan bahawa kelompok kami tidak akan berjaya laksanakannya.. kita tengok nanti... kerana semuanya dalam ketentuanNYA.

Disudut yang lain pula, rasa kasihan pun ada, pelik pun ada khasnya kepada mereka yang sepatutnya  akan beroleh AP terpaksa dikorbankan dek ceteknya kebijaksanaan tentang kuata AP guru berdasarkan jumlah kelas T6. Semuanya telah dirobek tanpa pengetahuan JPN . Siapakah yang bersalah??? Jawapannya tentu “mereka” yang dengan sengaja merobekkan...menyebabkan razeki orang lain tersangkut. Yang cepat dilambatkan. Entahlah disedari atau tidak .Disengajakan atau “teruja” dapat berbuat demikian. ...

No comments:

Post a Comment