Wednesday, 23 May 2012

ALAHAI JADUAL


Semalam yang berlalu menjadi coretan sejarah dalam hidupku.  setelah apa yang berlaku... ku titipkan sketsa itu dlm blogku sebagai pengajaran dan kenangan sepanjang karierku bergelar seorang guru.

Terkadang pelik juga dengan dunia ini..... apa yang sebenarnya yang kita harapkan ,yang kita luahkan tidak dapat dimengertikan oleh orang lain malah disalahertikan pula. Ini semua disebabkan oleh ‘prinsip diri’ yang tidak boleh digoyah oleh orang lain. Maka apa sahaja yang dilontarkan tidak terkesan di benaknya. Sia-sia ..... persis mencurah air di daun keladi.

Al kisahnya.... kelmarin nak dijadikan cerita...ada musyawarah keluarga t6. Kami ni umpama sebuah keluarga bahagia. Bila ada yang tak kena maka dibawalah kepada abang long , dan bila si abang ni tak dapat nak settle maka rujuklah pula kepada ayahanda beta. Ayahanda ku hanya bertafakur dan cuba bawa berunding dengan semua family di mahkamah jubli emas.

Dalam perbicaraan tu, ku dapat mengenali hati budi siapa sebenarnya..adik beradik ‘tiriku’ itu. Hanya Allah jer yang tau... sebenarnya apa yang nak dibincangkan adalah perkara kecil dan dapat settle dalam masa yang singkat kalau semuanya tidak dibayangi oleh  *@##///?????  tetapi bila batu jemala tidak boleh disentuh dan tidak boleh menerima pandangan orang lain maka terjadilah episod duka yang melukakan hati setiap insan lain. Rasa tidak puas hati / rintihan pilu melanda hati-hati insan yang terluka ini. Sejarah Melayu sudah lama tercatat... pengajaran yang ada dalam Hikayat Hang Tuah nampaknya berulang lagi. Sudah lama ku menetap di bumi syp namun tidak selamanya aku dituntut untuk menjadi Hang Tuah yang terlalu setia pada ....... terkadang ada masanya kehandalan Jebat yang sering  dituduh petualang bangsa.... bangkit untuk menjernihkan suasana... tapi bila dah nama Jebat.... siapa yang mengiktirafnya... beberapa kerat ‘hang’
dan dayang sahaja setia bersama si Jebat. Dalam konteks ini... aku bukannya nak jadi popular dengan cara murahan.. tetapi aku bangkit bersama maruah untuk memurnikan khilaf yang ada agar tuntutan agama’ bekerja sebagai satu ibadah’ dapat dilaksanakan dengan penuh baraqah dan harmoni.... aku hanya mohon satu harapan agar kerja buatku dapat berjalan dengan lancar demi anak bangsa yang tercinta. Tapi apa yang tersirat dan tersurat masih tidak difahami dan ditangani dengan mudah. Makin tergugat, makin sukar bahkan kusut masai makin menggila jadinya.. Entahlah moga Allah bisa mebersihkan minda  ‘orang-orang’ yang ‘sewaktu’ dengannya itu..

Impak yang nyata .... masing-masing membawa diri dalam sinario suram. Bak anak yang kematian ibunya.. bagai suami yang ditinggalkan isterinya ..tandatanya dalam benak masing-masing.... takut untuk  didekati ... mungkin dikhuatiri ‘belot’.  Maka lebuhraya yang biasa digunakan terpaksa ditunda laluan tersebut. ...banyak duri berbisa fikirnya. Maka denai juga yang menjadi pilihan..... tiada lagi tawa riang yang kedengaran... ku tahu ianya hanya sementara sahaja... pasti akhirnya.. si bunga pujaan dalam kamar halangan  akan  didekati jua kerana team yang separuh lagi tidak handal menyumbangkan gol keramat tanpa dorongan dan bantuan si bunga impian....

Berbalik pada hal tadi, sosek-sosek jelas meletakkan mawar berduri yang lantang bersuara pasti akan menerima padah dari Patih Kerma Wijaya. Walaupun nawaitu baiknya untuk mendapat pembelaan namun padahnya sudah pasti menjelma. Ku yakin...kalau tak banyak  ... sikit pun pasti tempiasnya menerjah jua... namun aku yakin.. Allah sentiasa bersamaku... sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha penyanyang .Apatah lagi kepada umatnya yang teranianya..... Sabda Rasulullah....’sesungguhnya Allah swt itu tidak melihat kepada tubuh badanmu atau kepada rupa parasmu, tetapi melihat kepada hatimu..’ Daripada sunnah inilah ,  ku tanam dan ku sematkan dalam diri, agar diri kerdil ini sentiasa suci hatinya... .... walau  sebesar manapun  pun gerak hati berbicara  atau terdetik di kalbu... zahirnya tidak diketahui umum tetapi hanya Dia yang tahu....

Pokok pangkalnya ...Aku hanya mahu time tableku diubah seperti yang kukecapi sejak mengenali syp 1998 dulu.... namun permintaan tulusku  telah disalahertikan dan diadun pula  dengan resepi  asam tempoyak basi berkulat yang boleh memualkan perut bila merasanya....moga –moga ianya tidak membiak menjadi kanser tahap empat dah laaa...itupun dianggap salah dan bagai dosa besar ku diperlakukan...hairan binti pelik pun ada... aku disogokkan dengan pelbagai persoalan...yang mungkin inginkan jawapan daripada skema yang telah ditetapkan. Tapi  jawapan yang didamba mereka tidak kesampaian...Aku bukan manusia yang tak tetap pendirian...atau cakap berbelit bagai sarang lebah yang usang di dahan yang hampir tumbang. Kupinta hanya satu sahaja.... sekelumit rasa simpati  agar jadual baruku diubah seperti sediakala... 

Mindaku kini sarat dengan kemungkinan yang bakal kualami di penghujung penggal ini.Tak dapat nak habiskan silibus yang berjela dengan masa yang suntuk bangatt... ya Allah Tolonglah hambamu yang lemah ini, teguhkanlah imanku ,gagahilah diriku, banyakkanlah sabarku agar dapat kutempuh segala rintangan ini....  aku berjanji pada diriku...apa sahaja yang berlaku... ...andai dendam yang dibenamkan Patih Kerma Wijaya .... terbias padaku...  so.... episod baru akan muncul....


Rasaku tidak ada salahnya bertanya atau membuat cadangan... kerana itulah salah satu rukun mesyuarat . kalau tak boleh berbincang, maka jadilah macam orang yang hanya angguk dan yes man... apa gunanya kita semua dikurniakan akal fikiran....bila berkata kita digelar penderhaka, bila disuarakan cadangan, kita dilebelkan pembangkang...bila kita tak setuju apa yang diaju... maka kita disergah bila nak maju??? So apa nak jadi..langkah untuk menyenangkan hati.. diam jer..terima jer...setuju jer...walau hati tak suka ,jangan tunjukkan di muka....begitulah gamaknya yer...patutlah ramai orang Melayu itu layu....akhirnya diserang hipertensi, diebetis, stoke ,atau serangan jantung.

Jauh disudut hati kecilku , aku mahu jadi diriku yang sebenar. Aku tidak bisa jadi orang lain. Aku hanya insan kerdil yang tak punya apa-apa. Hidup hanya sementara sahaja. Meneruskan episod drama yang bakal dibawa kesana. Tempat yang kekal abadi. Hanya amalan dan taqwa akan diadili... tiada lagi pangkat,harta atau rakan taulan yang mengiringi.... aku tetap pertahankan bila keadilan terasa digugat..aku akan terus membela biar diri dicela....aku takkan jemu walau diri kerdil ini dicemuh...kerna yang pasti ...orang benar akan sentiasa diuji..sesungguhnya....Allah telah berjanji...bersama kebenaran yang hakiki , bahagia setia menanti...




Sunday, 13 May 2012

PELIKNYA...


Tersebutlah al kisah .....pada pagi yang hening.. 13 Mei aku dan rakan  seperjuangan tingkatan enam dikehendaki bersua muka dengan tuan  ppd . Hasratnya.... Untuk mencari kata sepakat bagi meningkatkan   kecemerlangan pelajarku 6 atas @ pra u. Kami semua amat teruja dan berterima kasih kepada anjuran tersebut dan amat berharap agar semua yang telah dirancang   tertunai dan membuahkan hasil yang cukup istimewa bagi kami. Maklumlah ... Ini yang dikatakan tahun penamat stpm buat kami. Segala impian kami dapat dikabulkan Ilahi hendaknya. Kata orang bila kita nak tinggalkan sesuatu, biarlah yang benar-benar elok dan baik. Emmmmm moga keikhlasan yang kami curahkan selama ini mendapat restu daripada yang Maha Pencipta . Ya Rabbbi.

Pelbagai informasi yang kami dapat. Terkadang pening juga kepalaku bila melihatkan terlalu banyak angka dan kaedah IT yang dipaparkan. Alangkah baiknya jika aku sehebat cikguku yang kini bertitle penting di ppd. Pegawai meja tingkatan enam. Itulah yang ku dengar daripada ucapan pk t6ku,cikgu Ibrahim. Apa pun tak per la. Janji aku bangga dengan kejayaan milik cikguku.

Dalam kesibukan aku dan rakanku mendengar celoteh dan angka yang ditunjukkan, aku tertarik dengan lontaran ideaTuan Timbalan PPD tentang persepsi beliau terhadap guru tingkatan enam. Katanya kalau dulu guru-guru t6 mengajar ting 6 dan Tingkatan 1 @ 2. Tak glamour macam guru sekarang. So aku terpikir sejenak ...betul ke sangkaan beliau yang guru t6 pada hari ini glamour tak macam dulu. Rasaku tak ada ape2 yang istimewa pun apatah lagi glamour seperti yang dimaksudkan. Lain la jika kami ni mengajar di tempat berecond, macam kat u tu... Atau kami di beri layanan over oleh pihak tertentu atau gaji besar persis dekan ... Ah yang pastinya tidak... Sama jer macam cikgu yang lain...  prebet .....mendidik anak bangsa dan meneruskan kerja2 pengkeranian yang memeningkan kepalaku. Bagiku.... aku rasa tak ubah macam ‘ jong tungge’ kata ore Kelate. Tul tak???? Emmm betul bangat.  Walau pun tak ku dengar suara kalian...namun ku bisa membaca kitab u all.....

Ku teringat masa di tempat kursus di Perdana Resort, seronok dapat jumpa kawan lama seUKM dulu. Macam2 ragam. Ada yang dah tak berambut.  Mengembang pun ada. Tapi kebaikan dan keakraban as a friend amat terserlah. Amat friendly. Best sangat2. Namun kami Cuma menikmati masa ‘riangria’ bersama hanya dua hari sahaja. Tapi dalam ramai2 tu ...ada yang ceritanya best untuk dikongsi tau. Dah pergi haji , umrah berkali2,melancong sana sini di luar negara. Jealous tau sebab tak dapat ikut serta. Tapi ku sedar . Aku kan dah punya suami.... yang bakal membawaku ke syurga. Pasti aku akan patuh dengan segala kehendaknya dan bila akan kami berangkat ke tanah suci... Pasti bersamanya... Suatu hari... Mohon dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik. Moga aku dan suami tetap bersemangat dan kuat untuk mengerjakan semua perbuatan dalam ibadahnya. Impianku akan dimakbulkan tuhan suatu hari... Menjadi tetamu Allah yang amat disayanginya. Amin.

Oh ya , kembali kita kepada tingkatan enam tadi. Aku rasa macam tak percaya bila telingaku dengan telitinya mendengar cerita kawanku dari KB dan Pasir Mas. we all, 3 tahun dah tidak terikat dengan menengah rendah (t1.t2 dan t3). Nak kata time tablenya banyak...? tak juga. Tapi yang nyata...masa ngajarnya sedikit dan hanya mengajar  Ting 6 sahaja. Mengapa tidak pada kami di Kuala Krai. Adakah terdapat lambakan cikgu di daerahnya? Atau tak cukup guru di Kuala Krai. Fikiranku meronta-ronta .why..why ..why? So tak der jawapan la. Siapalah kite!!!!! Tapi aku cuba luahkan kejengkilanku pada isu tadi dalam sesi bicara bersama Tn ppd tadi.... namun jawapannya standard punyer.  Bergantung kepada sekolah.... May be tak cukup guru..... So terimalah seadanya.
Tapi aku bukan mentimun. Aku manusia  biasa...yang bebas bersuara. Itu hak asasi ku. Asalkan tidak mengutarakan hal yang bertentangan dengan agama, adat atau sentimen perkauman. Itu yang aku nak tau. Tapi jawapan  yang benar-benar kugali  .... masih meneka dalam kesamaran.. . Memanglah dapat 'AP ' umpama dapat lesen dalam  komuniti guru Ting6.. macam mana pun...  pasrah dengan kenyataan itu. Terpaksa akur!!! Tapi jelasnya....Aku bukan golongan yang liat nak terima kenyataan. Cuma pelik juga rasanya...... Yang pasti aku tetap tak suka ‘double standard’. Anti bangat....


Friday, 6 April 2012

GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAI


Pantai seimbang – ialah pantai yang mempunyai profil  di mana kadar hakisan dan kadar pemendapan adalah sama .
(keadaan pinggir laut asal lebih curam- menyebabkan hakisan berlaku kea rah daratan dan mendapan berlaku kea rah laut./ jika  pinggir laut asal landai- maka pemendapan akan berlaku di pantai manakala hakisan berlaku kea rah laut)

Factor yang menghalang profil pantai seimbang ialah :
Faktor fizikal
  •     Kekuatan ombak – pembina / pembinasa
  •     Arus pesisir pantai / arus tempur
  •     Pasang surut air laut
  •     Kejadian tektonik – gempa bumi / tsunami, lipatan dan gelinciran
Faktor manusia
  •      Penambakan dan mendalamkan dasar / pinggir laut
  •      Pemusnahan dan tebus guna kawasan paya bakau
  •      Pembinaan tembok dan banteng –tindakan ombak terhalang dan meningkatkan daya mendapan- profil pantai seimbang akan terganggu.
  •      Pemupukan pasir pantai
  •      Pembinaan banteng pemecah ombak
Bagaimana profil pantai tidak seimbang mempengaruhi aktiviti manusia.
  • Pelancongan terjejas- kawasan pantai menjadi tak selamat – terlalu sempit/kurang berpasir-bahaya (hakisan)
  •  Perniagaan pinggir pantai terjejas – terdedah kepada tindakan ombak(hakisan)
  •   Mengganggu kegiatan perikanan- hasil tangkapan berkurangan- terlalu banyak bahan mendapan – pasir meluas dan pantai cetek
  •  Kawasan pantai menjadi bertambah luas- baik untuk aktiviti pelancongan
  •   Perlombongan pasir makin meningkat.

Kepentingan PANTAI terhadap aktiviti manusia.
  •   Perikanan – pembinaan jeti pendaratan, penjemuran hasil tangkapan
  •  Pelancongan dan rekreasi-pantai bersih dan panjang, permainan layang2,sukan berkuda, sukan lasak dll
  •  Petempatan- perkampungan nelayan, pusat penetasan, pusat pendaratan ikan.
  •  IKS –kilang memproses keropok, budu, batik (jemur)
  •  Perlombongan pasir
  •   Perniagaan .

Kesan pemendapan terhadap aktiviti manusia di pinggir pantai
1.       Pelancongan dan rekreasi- anak tanjung, pantai, tombolo/beting pasir
2.       Perlombongan pasir- beting pasir/pantai
3.       Petempatan-permatang pasir
4.       Perikanan/akuakultur/mencari kepah- tombolo/muara
5.       IKS – pantai/permatang pasir
6.       Perhubungan dan pengangkutan-permatang pasir/tombolo
7.       Pertanian- permatang pasir

Agen yang mempangaruhi proses hakisan /pemendapan pinggir pantai
1.       Arus/hanyutan pesisir pantai
2.       Pasang surut
3.       Tsunami
4.       Angin
5.       Ombak-pembina

Pencemaran air di perairan pinggir pantai

  •   Perindusterian-pembuangan asid, bahan kimia, pewarna
  •    Pertanian- penyaluran air beracun, baja kimia dll
  •    Pembinaan- pembuangan sisa binaan
  •    Perikanan- tumpahan minyak bot, penggunaan bahan beracun
  •    Perniagaan- pembuangan sisa perikanan, sisa kraf tangan
  •     Domestic- sampah sarap
  •     Pelancongan- sampah sarap, pembuangan dari hotel
  •   Pengangkutan-tumpahan minyak dari feri,bot

Kesan pencemaran air

  •  Komponen  akuatik – plankton mati
  •  Air kotor /kehadiran partikel2 – BOD berkurangan
  •  Terumbu karang mati
  •   Landskap fizikal tercemar
  •   Pelancongan terjejas
  •   Perniagaan terjejas

Langkah mengawal hakisan pinggir pantai

  • Perundangan- Akta Perhutanan Negara 1984/ mematuhi kajian EIA (environment Impact Assessment) mesti dipatuhi sepenuhnya
  •  Sistem penebangan terpilih-hutan bakau 
  • ·         Kaedah penyuburan pantai
  • ·         Groin (struktur konkrit) dibina menganjur ke laut. Gabion (sangkar dawai logam berbentuk 4 segi bujur yang diisi dengan batu kerikil @ tayar buruk yang diikat/tukun tiruan) –tenaga ombak makin berkurangan.
  •  Banteng pemecah ombak
  •   Kempen kesedaran-setiap projek yg dilaksanakan mestilah menekankan pemeliharaan dan pemuliharaan.-agar nilai biologi dan estetikanya terjaga / program gotong royong
  • Pendidikan alam sekitar formal/tak formal

 pengaruh aktiviti manusia terhadap tindakan ombak di kawasan pinggir pantai.

Hakisan
Pemendapan
Penebangan pokok bakau
Penanaman Pokok
Pengorekan Pasir
Tambak Laut
Pembinaan pelabuhan
Pemecahan Ombak
Pembinaan groin / Benteng
Aktiviti pelancongan/hotel
Pemupukan Pasir Pantai
                               
faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan pinggir pantai
                   i.         Tenaga Arus
ii.                Kecerunan
iii.              Angin
iv.               Pasang Surut
v.                 Tumbuhan
vi.               Orientasi Pantai
vii.              Jenis dan saiz bahan
viii.            Bahan muatan
ix.               Halangan

Profil pantai yang curam/landai berubah mengikut masa disebabkan oleh faktor:

  •   Bahan mendak- jenis dan saiz – kasar-curam dan halus -landai
  •  Jenis dan kekuatan ombak- pembinasa-punya tenaga yg kuat untuk menghempas pantai-hakisan tinggi
  • Orientasi pantai- pantai terdedah tanpa halangan-pulau, menghasilkan cerun yang curam-tenaga ombak yang kuat berbanding dengan pantai yang terlindung.
  •  Manusia- penebangan hutan bakau/perlombongan pasir- pantai jadi curam.
  •  Penyuburan pantai- menanam pokok rhu/bakau/rumput /membina benteng- menambahkan pasir-cerun landai
  • Pengaruh arus-arus pasang surut yg bergerak selari dengan garisan pantai-membawa banyak pasir/bahan enapan dari muara – kelodak dan lumpur-menghasilkan cerun yg landai


TEKS MC PIBG 2012


AGENDA
BUTIRAN
CATATAN

2.30 PM
1 april 2012

MENGUMUMKAN  KETIBAAN  YANG BERBAHAGIA  ACP (KEHORMAT) DATO’ PADUKA DR. JUNAIDY B ABU BAKAR, TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEP) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.



NYANYIAN LAGU NEGARAKU

PARA HADIRIN DIPOHON BERDIRI TEGAK BAGI MENGHORMATI LAGU NEGARAKU .

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERBAHAGIA  DATO’ DAN PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,  DIPERSILAKAN DUDUK.




ALUAN PENGERUSI MAJLIS

INDAH BERBALAM SI BINTANG KEJORA
POHON LANGSAT BERWARNA SUASA
SALAM DISEMBAH MEMULAKAN ACARA
MOHON KEBERKATAN PADA YANG ESA


BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM……………………..

YANG BERBAHAGIA  ACP (KEHORMAT) DATO’ PADUKA DR. JUNAIDY B ABU BAKAR, TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEP) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

YG BRS TN HJ ABDULLAH B HJ HARUN YG DIPERTUA PIBG SMK SYP 1

YG BRS TN HJ KOMARUDDIN B ABDULLAH, PENGETUA CEMERLANG SMK SULTAN YAHYA PETRA 1

YG BRS EN IBRAHIM B ISHA , PK PENTADBIRAN

YG BRS TN HJ MOHD AZAM B OMAR, PK HAL EHWAL MURID

YG BRS EN SYUKRI B ABDULLAH, PK KOKURIKULUM

YANG DIHORMATI GURU-GURU , AJK2 PIBG DAN PARA IBU BAPA YANG DIKASIHI SEKALIAN.

 ASSALAMUALIKUM  WBT DAN SALAM  SATU MALAYSIA.

ALHAMDULILLAH,  MARILAH KITA PANJATKAN KESYUKURAN KEHADRAT ALLAH SWT , SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW, KERANA DENGAN INAYAH DAN IZINNYA , KITA MASIH DIBERI RUANG  DAN WAKTU UNTUK SAMA-SAMA BERKUMPUL DAN MENJAYAKAN MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 .



PADA PETANG  YANG BERTUAH INI, KAMI MEWAKILI PIHAK MAJLIS MENZAHIRKAN RASA SYUKUR DAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA YANG BERBAHAGIA  ACP (KEHORMAT)   DATO’  PADUKA  DR. JUNAIDY B ABU BAKAR,
TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEP) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, MERANGKAP ALUMNI PETRA  KERANA SUDI  MELUANGKAN MASA UNTUK BERSAMA-SAMA  MENJAYAKAN MAJLIS  YANG PENUH   BERMAKNA INI .


HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,

KECEMERLANGAN DAN KEMENJADIAN ANAK-ANAK ADALAH ESET YANG AMAT BERNILAI DALAM SESEBUAH KELUARGA. LANTARAN ITU, PEMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU ADALAH TUNJANG PEMANGKIN KEPADA KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN SESEBUAH INSTITUSI PENDIDIKAN, DALAM USAHA  MENJANA MODAL INSAN YANG BERDAYA SAING ,DALAM MELAYARI BAHTERA KEHIDUPAN YANG PENUH CABARAN INI.

JUSTERU, KERJASAMA DAN KOMITMEN YANG DICURAHKAN OLEH GURU DAN IBU BAPA, AMAT PENTING DALAM USAHA MELAHIRKAN  PELAJAR YANG BERKETERAMPILAN BUKAN SAHAJA DALAM BIDANG AKADEMIK HATTA SAHSIAH DIRI YANG CEMERLANG.




DOA

BAGI MEMBERKATI MAJLIS KITA PADA PETANG INI, MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN AL FADHIL USTAZ MOHD NOR B AWANG UNTUK MEMIMPIN BACAAN DOA.  MAJLIS MEMPERSILAKAN.

SYUKRAN JAAZILAN DIUCAPKAN KEPADA  AL FADHIL USTAZ ATAS BACAAN DOA ITU TADI.



UCAPAN ALUAN
TN PENGETUA

SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN YG BRS TN HJ KOMARUDDIN B ABDULLAH PENGETUA CEMERLANG SMK SYP 1 UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN . DIPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA TN PENGETUA  ATAS  UCAPAN ALUAN ITU TADI



UCAPAN YDP PIBG

SETERUSNYA, MAJLIS MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN YG BRS TN HJ ABDULLAH BIN HARUN , YG DIPERTUA PIBG SMK SYP 1 UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN. DIPERSILAKAN.




MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YG BRS TN YG DIPERTUA  PIBG ATAS  UCAPAN ITU TADI



UCAPAN PERASMIAN

KINI TIBALAH SAAT YANG DITUNGGU-TUNGGU UNTUK SAMA-SAMA KITA MENDENGAR AMANAT DAN UCAPAN YANG  AKAN DISAMPAIKAN OLEH   YANG BERBAHAGIA  ACP (KEHORMAT) DATO’ PADUKA DR. JUNAIDY B ABU BAKAR, TIMBALAN NAIB CANSELOR
(HEP) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS   DAN SETERUSNYA MERASMIKAN  MAJLIS  MESYUARAT AGUNG PIBG BAGI TAHUN 2012.

MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIMNYA  MEMPERSILAKAN YG BERBAHAGIA DATO’

MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA  ACP (KEHORMAT) DATO’ PADUKA DR. JUNAIDY B ABU BAKAR, TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEP) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,   MERANGKAP ALUMNI PETRA ATAS UCAPAN DAN PEYEMPURNAAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG 2012.









NASYID

HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN,

MAJLIS KITA AKAN DISERIKAN DENGAN PERSEMBAHAN NASYID DARIPADA KUMPULAN SAUTUN NAJAH DENGAN LAGU YANG AKAN DIPERSEMBAHKAN IALAH ‘MENGHARAPKAN RAHMATMU’. DIPERSILAKAN…

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN NASYID YANG SUNGGUH MENGASYIKKAN ITU TADI.



C/HATI

SEBAGAI TANDA KENANG KENANGAN MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN YG BRS TN HJ ABDULLAH BIN HARUN YG DIPERTUA PIBG SMK SYP 1 UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI . DIPERSILAKAN..

1.       YANG BERBAHAGIA  ACP (KEHORMAT) DATO’ PADUKA DR. JUNAIDY B ABU BAKAR, TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEP) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.


2.        





TAMAT

                           AKAR KELADI MELILIT SELASIH
                           SELASIH TUMBUH TEPIAN JAMBANGAN
                           KALUNGAN BUDI JUNJUNGAN KASIH
                           MESRA KENANGAN SEPANJANG ZAMAN.


ANAK CINA MAIN GELOMBANG
NAMPAK DARI TANJUNG JATI
TUAN UMPAMA BUNGA YANG KEMBANG
SENTIASA HIDUP DALAM HATI


BEGITULAH BERAKHIRNYA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG 2012

SEMOGA MAJLIS INI AKAN MEMBERI DORONGAN DAN MOTIVASI KEPADA  IBU BAPA, GURU DAN PELAJAR DALAM USAHA MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG BERJAYA DAN CEMERLANG BUKAN SAHAJA DALAM BIDANG AKADEMIK BAHKAN SAHSIAH DIRI YANG UNGGUL.

SAYA MEWAKILI PIHAK AJK PIBG MERAKAMKAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA YANG BERBAHAGIA  ACP (KEHORMAT) DATO’ PADUKA DR. JUNAIDY B ABU BAKAR, TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEP) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS MERANGKAP ALUMNI SMK SYP 1
DAN JUGA KEPADA SEMUA HADIRIN KERANA SUDI MELUANGKAN MASA DALAM MENJAYAKAN MAJLIS INI.

SEJAMBAK KEMAAFAN DIHULURKAN SEANDAINYA TERSILAP KATA TERSASUL BICARA SEMASA  MENGENDALIKAN  MAJLIS INI.

SEKIAN WABILLAH HITAUFIK WALHIDAYAH ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA.