BERLALUNYA STPM 2012
Tanggal 18 mac 2013 , berlalu
dengan cepat sekali. Namun ceritanya masih lagi bermain di fikiran kerana
situasi pada hari itu cukup suram. Bagai
tenggelamnya mentari di ufuk barat. Namun , berkat kesabaran guru-guru dan pelajar ,walau pun
dalam serba kedaifan yang kami miliki di blok usang Tingkatan 6, para pelajar
kami masih mampu melakar kejayaan yang cemerlang.
Situasinya
agak berbeza dengan gegak gempita pelajar-pelajar, rakan-rakan guru atau
terutamanya pihak ‘pengurus besar ‘ seperti pengumuman peperiksaan awam yang lain, stpm kali ini (mungkin last episod)
agak hambar dengan dewan yang tak berkerusi, tiada jurugambar untuk merakam
detik kegembiraan ibu bapa dan para pelajar khasnya, atau kehadiran orang-orang
penting untuk berkongsi kegembiraan dengan kami di sini. Namun, keralatan dan
ketidaksudian ini terubat dengan apa yang kami curahkan dan baktinya dapat
dituai dengan keputusan STPM 2012 ditangga PERTAMA
di peringkat PPD KUALA
KRAI dengan peratus 97.85 % dengan NGP 2.54, tempat ke 19 daripada 59 buah
sekolah di negeri Kelantan. Bukan setakat itu sahaja bahkan SMK SYP1 (PRA U ) juga tergolong dalam 24
buah sekolah di Kelantan yang mandapat 2.50 ke atas jika dibandingkan dengan
sekolah-sekolah tingkatan 6 di sekitar
Kuala Krai . Syabas dan tahniah.
Inilah
yang dikatakan keberkatan . sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan
Menyanyangi. Walaupun kami sering berdepan dengan pelbagai masalah terutamanya
dalam melaksanakan PdP yang masih lagi konvensional. Tngkatan’ kami’ dikatakan tidak ada peruntukan untuk memenuhi keperluan
akademik yang semakin mencabar ini . Lantaran itu, kami guru-guru ‘daif ‘ ini
terpaksa mencari dana untuk membeli LCD sendiri, extension dll secara sendirian
Berhad bagi memudahkan dan melancarkan pengajaran yang
makin canggih manggih dewasa ini. . Kalau nak kukupaskan masalah , rasanya
terlalu panjang ceritanya. Belum lagi bab hujan mencurah, maka basahlah anak didik kami
dek tempias kerana curahan air hujan
dari bumbungnya tepat pada beranda yang kini dijadikan kelas (xasrama). So
cikgu yang nak ke kelas pun akan menikmati rasa hujan sampai ke pakaian yang ‘tersembuny’i
. Hanya Allah yang tau.... memang tidak
kondusif la ( di zaman ini ) ....
Sebenarnya
bila difikirkan , kami redha apa yang tersurat pada kami di sini... namun
siapalah kami.. hanya manusia biasa... terkadang teringin juga menikmati
kemudahan seperti orang lain yang sama seperti kami. Walau pun di bawah bumbung
yang sama.. tapi kami sentiasa berkeadaan ‘ berpeluh dan berpanas ‘. Banyak tugasan macam orang lain juga, masih
mengajar arus perdana tidak seperti memberku di daerah lain... untuk
menenangkan jiwa ku yang kian goyah ini... tak per lah ...bisik hati kecil
ini... kalau orang lain mengajar sekelas jer (arus perdana), tapi aku
dikehendaki mengajar 4 kelas yang jumlahnya 37 orang sekelas. PBS lagi. Hai
entahlah... Tingkatan enam pun ada PBS juga.. mungkin aku ni Tuhan anugerahkan
macam mesin yang boleh dipergunakan untuk pelbagai ‘ tujuan’. Bila dikehendaki, tekan jer.. terus on. Tapi sabar pun ada hadnya...
Yang
teramat sedih dan kecewa, dahlah kita semua tidak dijenguk atau ‘buat-buat
menyibuk’ semasa keputusan berlangsung, ucapan terima kasih pun tidak
berkumandang . Malah apa-apa pun yang berkait dengan tingkatan enam, dibisukan volumenya. Begitulah agaknya bila kita dianak tirikan,
tak diendahkan dan dipedulikan. Biarlah masa itu berlalu pergi namun hati yang
terguris ini sukar diubati.. parutnya tetap ada. ..Menangis dalam senyuman.
Semoga hasrat untuk mendidik anak bangsa
yang berakhlak dan membentuk modal insan yang bersahsiah tetap mekar dan tidak
layu. Begitulah bila bergelar guru...