Monday 4 April 2011

secebis kenangan mencuit ingatan,sebabak cheritera menjengah gelora, selautan rasa mengusik jiwa





      Coretan ini kulukiskan bukan untuk mempamerkan memori indahku …. tetapi sekadar untuk berkongsi nostalgia manis sewaktu  mula bergelar guru. Pertama kali aku diutuskan mengajar di ulu kelantan. Walau pun perasaan ini berkecamuk antara  kerjaya dan minatku  namun jarak nun jauh di pedalaman begitu mengganggu emosiku.  Namun  kuteruskan niat luhurku untuk mewarnai bangsaku menjadi insan yang berilmu.. walau pun jauh beribu batu  dari teratakku , namun kugagahi jua walau terpaksa menaiki perahu yang hampir meragut nyawaku tatkala musim tengkujuh bertamu.

Tika  kemarau menjengah , hitam rambutku bisa bertukar menjadi emas dek debu berlalu. Masih terasa betapa sengal dan kaku pinggulku untuk sampai ke daerah sekolahku. Tiga jam berlalu bagai sehari rasanya berada di perut perahu. Terkadang tubuh keringku terasa dimamah sembilu. Pijat dan pacat menjadi temanku. Pelita minyak tanah menjadi penerang malam gelitaku . Keheningan sungai yang dingin tempat kubersihkan badanku yang longlai ini .Akhirnya aku lali dengan rutin tugasku.. walau pun jauh nun di ulu, walaupun  sakit urat  nadiku, aku benar-benar redha.  Mungkin sudah tersurat  bahawa  di situlah razekiku..

Keperitan dan kepayahan yang sentiasa membayangi  diriku kini telah bertukar menjadi ceria , membangkit semangatku hatta memberi suatu kehidupan baru. Dunia ku kini berubah tatkala aku mengenali nya. Dialah juitaku. Gadis ulu yang kupuja .Cinta pertamaku pada gadis pingitan  telah  mewarnai seluruh hidupku.

Masih segar di ingatanku tika kita berjalan menyusur tepian kali yang dingin..aku membisikkan sesuatu ditelingamu...lantas kau berlalu pergi dengan wajah tersipu malu.. hatiku benar-benar terusik  kiranya juita yang kupuja akan terlepas di gengamanku…namun tekaanku meleset sama sekali ..rupanya aku tidak bertepuk sebelah tangan.. didalam diam dia juga memendam perasaan padaku..


Kini akulah insan yang paling bahagia di alam fana ini. Segala kepayahan dan keperitan melangkahi hidupku.  Si dia menjernihkan segala kematu di mindaku Aku masih terbayang betapa indahnya tika bermandian di kali. Kita bersama-sama menjala ikan sembilang .  Walau pun kau malu ditemani ayahmu  , namun gelora di hatimu bisa memadam segala-galanya. Semuanya bagai kelmarin berlalu… tika bersama memungut buah berangan yang gugur, tika aku menyematkan bunga melur di rambutmu.. kau tersenyum mekar. Keayuan wajahmu  makin  terserlah pabila terukir  sepasang  lesung  pipit dipipi.  Oh ! Aku benar-benar terharu……..namun semua itu tinggal kenangan.

 Sesungguhnya kita tidak mungkin bersatu. Berjuta alasan yang ku berikan namun keluargaku tetap dengan kehendaknya . Kebahagiaan yang ku impikan untuk hidup dengan mu  ..kini kian hancur.. rupanya aku bermimpi di siang hari.  Akhirnya aku pasrah.. cintaku terhalang dek orang tua yang kusayangi. Keluargaku menghalang kehendakku.. aku terpaksa melepaskan kau pergi.. walau sujuta kasih ..walau selautan sayangku padamu… aku terpaksa akur kehendak orang tuaku..

Walaupun jauh dikau ku tinggalkan , kenangan bersamanya sentiasa mengusik jiwaku.. aku merelakan pemergianmu walau pedih di hati tidak dapat kulukiskan padamu…dimanakah dikau sang pelangi? Warna girangmu kian luput tika sujud di bumi. ..biarlah ianya menjadi kenangan abadi di lipatan memori … .


Akar dibelah dijadikan jamu
Dijemur nyonya tambah kekuatan
Kuala Balah tempatku bertemu
Nostalgia manis tetap diingatan

SEKIAN……


PENTOMEN HATI SEORANG GURU - sempena Hari Guru 2010


PENTOMEN HATI SEORANG GURU

Hari ini melakar seribu pengertian
Buat semua insan yang bergelar guru
Menabur benih keringat di tanah subur …
Untuk membentuk jiwa manusia yang luhur

Namamu guru terpahat di segenap penjuru
Tanpa jemu engkau menyeru,
Diammu tidak bererti kaku, tawa riangmu diiringi doa restu
Hanya satu misi diburu …     kemenjadian manusia  yang sarat ilmu

Tidak terhitung pengorbananmu…
Wahai kalian guru… namun siapakah yang menjenguk deritamu..
Tika dilema mengusik sanubari….
Tika emosi mengulik sepi….
Tika gelisah dihantui mimpi ngeri…..

Teman …
terkadang aku mencari erti diri
Dalam kemeriahan menabur bakti
Aku sering kali disalah erti…. Di manakah dikau sang pelangi
Warna girangmu kian menghilang tatkala  sujud di bumi
Ku mencari-cari ….
Apakah pelangi tak sudi bertandang lagi

Temanku…   kalian guru
Nasib kita tidak sama…walau berabad usia abadikan bersama
Menyusuri denai beronak melonjak jaya
Namun hati ini  pilu dicuit keresahan
aku terjerat dek arus kekeliruan
Ku lontarkan senyuman tapi tak pernah tertawan
Bisa lumpuhkan segunung harapan….

PadaMU Tuhan aku menyerah…hanya kau tahu pentomen di hatiku
Selagi guru terpahat di kalbu
Keteruskan niat tulusku….

SELAMAT HARI GURU…..




10.50 PM
9 mei 2010

SECEBIS RASA SEINDAH BICARA


Baru jer selesai dari perkhemahan  di Gua Musang,  muncul pula karnival ko kurikulum yang akan berlangsung pada 20 & 21 April ni. Aku mendapat tugas yang agak berat juga. Selain jadi emcee ,aku juga akan menggalas malam kebudayaan yang diberi nama  Malam Gala Warisan Petra, 1 Petra 1 Malaysia. Ni yang agak berat. Bila dapat tugas, so kena pikir pengisian dan tema yang menarik yang boleh menepati apa yang dikehendaki. Bila dah nama cikgu, maka sudah tentu yang dapat memberikan pendidikan di samping mencungkil bakat yang ada dalam kalangan  pelajar.
Lo lo ni sedang training  with my student dengan pelbagai ragam dan acara yang mereka sertai. Terkadang rasa letih pun ada. Tapi kepuasan tetap ada kerana hasilnya tak disangka2 , menakjubkan. Rupanya student kita ni memang serba boleh. Bila diasah  jer terus berkilau. Bagai mutiara di dasar laut.
Nak komen pasal bos pula, memang sporting habis, asal jangan menggangu p&p  dah laaa. Tabik bos.  Dapat juga release tension.  Apa pun  bila kerja yang orang dah amanah kat kita , so kena pikul  dan lakukan  sebaik mungkin .  semoga  Malam  tersebut  berjaya dan menjadi kenangan indah kepada semua pelajar di sepanjang bergelar pelajar petra 1.
Saya mewakili kengkawan yang lain ingin merakamkan ucapan terima kasih lah kepada semua yang terlibat dan menjayakan  training untuk malam tersebut. Thanks….




Sunday 3 April 2011

PETUA NENEK MOYANG


Bab kecantikan ni memang disukai oleh kaum hawa. Jom kita sama2 hayati dan amalkan panduan dan petua yang tertera di bawah. Saya pun tengah mencuba petua ni. So kita campur cara tradisional dan moden dalam kehidupan agar kita sentiasa anggun dan menjaga keterampilan diri sepanjang masa. Walaupun kecantikan itu subjektif pada setiap individu namun yang pasti semua teruja untuk jadi dan kekal cantik. .
Bab cantik ni tak kira berapa usianya, baik yang muda mahu pun dah  senja, cantik mesti  mesti dijaga. Itu mahkota bagi setiap wanita. Bahkan dalam agama Islam sekali pun menuntut umatnya supaya sentiasa cantik dan bersih.. Betul tak… jom kita share petua di bawah….


Menghilangkan Parut  Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu  dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan  jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap  wanita

 Menghilangkan Tahi  Lalat
 
Caranya ialah  ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya  tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri.  Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera.
 
Bibir Merah  Semulajadi
mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin  pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.  

 Melebatkan Bulu Kening  
Setiap wanita inginkan bulu kening  yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan  cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan  dikening pada setiap malam.
pernah cuba untuk anak bongsu, hiris hujung bawang putih dan sapukan di kening  mengikut garisan sekali
 
  
Licin  Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu  pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit  hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang  setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin,  berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.  
 
 Naikkan Seri Wajah/Muka  
Setiap kali sebelum anda ingin  mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air  kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu  dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh  muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur  hilang. Amalkanlah selalu.....
 
 Mengelak Daripada Lebam di Bawah  Mata
Semasa kita menyapu krim atau  foundation di muka... pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna  jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.
 

 Menghilangkan Lebam Bawah  Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata  anda dengan air sejuk dari peti sejuk.. cuba lah..ianya juga baik untuk  menyegarkan mata.
 
 Melicinkan Wajah
Ambil buah  tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi  licin dan halus. selamat mencuba.

 
Mencantikkan Kulit  Muka
Untuk jadikan kulit muka yang  cantik, mestilah rajin mencuci.
1.   Sapu muka dengan telur  -merah/putih biar hingga kering
2.   Cuci muka dengan air suam dan  sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn  tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak  ditumbuhi jerawat dan  menegangkan kulit muka yang  kendur.
 
Menyerikan Wajah
Ambil,embun pagi dihujung  rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak  tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga  kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.
 
 Sentiasa Awet Muda  
Untuk melihat wajah kita agak muda  daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang  sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff,  kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan  kelihatan muda daripada umur sebenar anda. Itu je terima kasih.  
 
 Kulit Sentiasa Tegang  
Basuh muka dengan air. Ambil  sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan  letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih  telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering  Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka  nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan  kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah  anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.   


sama-sama kita cuba.. lagipun  bahan-bahan yang digunakan tidaklah sukar dicari dan mahal harganya. so lihat hasilnya..InsyaAllah

SISTEM EKOLOGI


Apakah yang dimaksudkan dengan Kitar Nutrien? ( 5m)

  •   Merujuk kepada kitaran bahan kimia ( nitrogen, karbon, kalsium dan sulfur ) dalam sesebuah ekosistem  yg berlaku secara berterusan dan berkesinambungan  dalam edaran yg lengkap (fasa atmosfera,biosfera dan fasa tanih ) sempurna dan boleh berubah bentuk dan akhirnya kembali ke tempat asal.

Kitar karbon dan oksigen (10m)

  •   Fasa atmosfera – oksigen dibekalkan terus dari atmosfera untuk pernafasan haiwan dan manusia – membebaskan karbon dioksida ke atmosfera.
  •   Fasa tumbuhan – co2 yang dibebaskan oleh haiwan dan manusia akan digunakan oleh tumbuhan untuk membuat makanan (fotosintesis)
  •   Fasa Tanah  -- Tumbuhan dan haiwan yg mati dlm jangka masa yg lama akan membentuk bahan fosil dalam tanah (petroleum, arang batu dan gas asli) dalam tanah.
  •   Bahan fosil ini digunakan oleh manusia sebagai bahan bakar utk kenderaan bermotor dan kilang-kilang akan membebaskan co2 ke udara.

Kepentingan kitar nutrien ke atas alam sekitar tumbuhan dan haiwan.(5m)

  •   Tumbuhan memerlukan co2 untuk membuat makanan (fotosintesis) dan memerlukan nitrogen serta kalsium untuk tumbesarannya
  •   Haiwan memerlukan oksigen untuk pernafasan dan kalsium untuk pembentukan tulang, gigi dan cengkerang.

Aktiviti manusia yg boleh mempengaruhi kitar karbon dan  kitar oksigen melalui :-

  •   Pembakaran bahan api fosil (kenderaan /kilang) – membebaskan co2 ke atmosfera.   
  • Penanaman tumbuhan- galakkan fotosintesis dgn menggunakan co2 serta tingkatkan jumlah oksigen dalam udara.

  • Penebangan hutan /pembalakan tingkatkan co2 di udara-sepatutnya digunakan oleh tumbuhan utk footosintesis
  •   Penebangan hutan juga menyebabkan berlakunya pereputan dan ini akan menambahkan co2 dam tanih
  •   Perlombongan arang batu dan petroleum bebaskan karbon di atmosfera
  •   Pembakaran sampah – tambahkan jumlah karbon dalam udara

Kerja perihatin – lukiskan rajah kitar karbon dan kitar oksigen


Bagaimana kitar karbon diganggu oleh manusia (stpm 2007)
  •   Penebangan hutan/ pembersihan hutan –dijadikan ladang, pembandaran dll- mengganggu k.karbon – jumlah byk di udara
  •   Kenderaan bermotor byk membebaskan co2 di udara –co2 bertambah
  •   Pembakaran terbuka – tambahkan jumlah co2
  •  Perlombongan arang batu/petroleum – simpanan karbon di bumi berkurangan dan tidak dpt diimbangi dengan co2 di udara  
  •   Perkilangan- tambahkan co2 di atmosfera


Konsep kehilangan tenaga dalam piramid tenaga. (5m)

  •  Merujuk kepada penurunan sejumlah tenaga secara berturut-turut di setiap aras trofik disebabkan oleh pembebasan tenaga dalam bentuk tenaga haba


Faktor kehilangan tenaga.
  •   Hanya sejumlah makanan tertentu sahaja yg dimakan di setiap aras trofik.
  •   Tidak semua makanan yg dimakan dicernakan
  •   Makanan yg dicernakan digunakan untuk tumbesaran organisma
  •   Lebihan makanan yg dicernakan digunakan sebagai tenaga.


Aktiviti manusia yg mengganggu siratan makanan.

  •   Pembalakan yg memusnahkan pengeluar- pengguna primer akan kehilangan sumber makanan
  • Aktiviti pemburuan dan pengutipan hasil hutan – pupus pengeluar – penghijrahan pengguna
  •   Ekopelancongan
  •   Pertanian pindah
  •   Pembinaan infrastruktur- jalan raya, lebuh raya @ lapangan terbang
  •   Pembinaan petempatan @ tebus guna kawasan


Faktor yg menjejaskan rantai makanan

  •   Penyahutanan/pembersihan hutan untuk pembangunan
  •  Pertanian
  •   Perubahan cuaca- kemarau @ banjir
  •   Memburu binatang untuk daging, kulit & bulu
  •   Penggunaan racun rumpai dan racun serangga
  • Pembinaan empangan
  •  Dll aktiviti manusia


Bagaimana tenaga dipindahkan dalam   rantai makanan

  •  Haba drp matahari tumbuhan hijau (pengeluar/ autotrof )- P1-P2-P3 (untuk tumbesaran,pergerakan, metabolisme, pembiakan dll) dan diuraikan oleh organisma pengurai (bakteria, kulat, fungus, ulat dll)  

Kesan penyahutanan hutan hujan Tropika terhadap sistem ekologi dan atmosfera.

·         Kepupusan/kemusnahan spesis flora dan fauna berharga- warisan generasi akan datang.
·         Kemusnahan habitat bagi fauna
·         Kemusnahan rantai @  siratan makanan
·         Suhu meningkat- berlaku peningkatan co2 di udara
·         Kelembapan udara rendah – udara kering – kekurangan sejat peluhan @ respirasi drp tumbuhan
·         Hujan berkurangan – KB rendah- respirasi kurang
·         Menggalakkan pencemaran udara dan jerebu berlaku- udara kering dan habuk/asap drp pembakaran/pemusnahan hutan

Langkah mengekalkan ekosistem hutan Tropika

·         Menguatkuasakan  undang-undang – denda/kompaun/penjara
·         Wujud hutan simpan kekal/ hutan perlindungan
·         Melaksanakan kaedah penebangan hutan terpilih “sustainable”
·         Mewujudkan petempatan berkelompok dan aktiviti pertanian berkelompok/sistematik kepada orang asli
·         R & D
·         Penanaman semula hutan
·         Kawal selia hutan
·         Rondaan oleh renjer hutan
·         Mewartakan hutan
·         Kempen cintailah alam sekitar – media cetak/ elektronik